Ini kisah aku sewaktu menjadi pemandu bas ekspres dahulu. Lama dah cerita ni, lebih kurang 20 tahun lalu. Dulu kalau nak pulang ke arah pantai timur, lebuh raya Karak tu memang biasa dengar kisah-kisah misteri ni.
Ada suatu malam tu, aku pandu bas dari hentian Kajang ke Kuantan. Masa sampai di tol Gombak, jam sudah lebih pukul 1.00 pagi.
Masa tu aku layan alunan lagu di radio. Penumpang dalam bas semua senyap dan lena dibuai mimpi agaknya. Tingkap aku biarkan terbuka supaya udara sejuk masuk. Bila kena angin malam, kurang sikit mata mengantµk.
Setibanya di Genting Sempah, keadaan sunyi. Yang kedengaran hanya alunan radio yang terpasang dan deruan enjin bas yang mengaµm semasa mendaki bukit.
Tapi, semasa menuruni bukit, hidung aku tercium sesuatu. Bau macam bunga kemboja, bunga yang orang selalu tanam di kubµr.
Masa terbau haruman bunga yang muncul tiba-tiba tu, aku dah rasa lain macam. Serta-merta terasa seram sejuk. Bulu roma pulak terus tegak berdiri. Ah, sudah! Apa ‘benda’ pulak yang nak muncul ni?
Walaupun aku kerap melalui jalan itu pada waktu lewat malam, entah kenapa malam tu rasanya agak berlainan. Aku mula teringat cerita kejadian-kejadian menyer4mkan yang pernah rakan-rakan ceritakan ketika lalu di jalan itu.
Pernah seorang rakan menceritakan, semasa melalui laluan itu, dia ditµmpangi seorang wanita berbaju putih sebelum ghaib secara tiba-tiba. Ada juga rakan yang pernah disakat wanita terbang melayang dan macam-macam lagi.
Aku cuba pujuk hati sendiri. Sambil tu dalam hati berdoa juga janganlah ada ‘benda’ muncul waktu-waktu begini.
Cahaya kuning itu menjadi seperti hantµ penangg4l dengan rambut menggerbang dan usus yang terbµrai.
Tak lama kemudian, aku nampak satu cahaya di tepi jalan yang muncul secara tiba-tiba. Cahaya kekuningan itu macam bebola api, terbang melilau-lilau tanpa arah tujuan. Macam layang-layang terputus talinya.
Yang tak bestnya bila cahaya pelik tu mula mendekati bas yang aku pandu. Ia terbang beriringan di sebelah kanan bas.
Masa tu aku dah kembang kecµt. Badan dah ser4m sejuk. Bulu roma mula terpacak. Memang aku agak ketakµtan, tapi mahu tak mahu aku kena kawal pemanduan. Kalau tidak, tak pasal-pasal bas boleh terb4bas.
Cahaya tadi pulak terbang dari belakang bas kian dekat ke depan, sampailah ia beriringan terbang di sebelah aku. Tahu apa yang aku nampak?
Sebaik mendekati bas, cahaya pelik tadi berubah bentuk. Cahaya kuning itu menjadi seperti hantµ penangg4l dengan rambut menggerbang dan usus yang terbµrai.
Elok je makhluk itu terbang beriringan sebelah aku. Masa tu aku dah mengg1gil. Ser4m rasanya. Tak sanggup nak toleh dua tiga kali lihat benda tu. Tapi dari iringan mata, aku tahu makhluk tu elok je terbang seiring di luar bas, betul-betul di sebelah aku.
Masa tu macam-macam ayat aku baca, tapi dalam hati lah. Aku tak mahu bising-bising, nanti terkejµt pula penumpang. Kalau ada yang nampak nanti, bertambah kecoh pula jadinya.
Lebih kurang lima minit juga makhluk tu terbang di sebelah aku. Sampai di satu selekoh, barulah ia terbang ke arah lain dan ghaib macam tu je.
Fuhh… punyalah lega aku masa tu. Nasib baik aku boleh kawal lagi pemanduan. Risau juga kalau tak mampu kawal rasa p4nik tu, silap haribulan boleh terbabas bas dibuatnya.
Itu antara pengalaman aku di lebuh raya Karak. Tapi sebelum tu, aku pernah juga kena sakat dengan ‘benda’ ni.
Aku ingat lagi masa tu aku pandu dari Kuantan ke Kuala Terengganu melalui jalan Bukit Bauk. Waktu malam juga. Sampai di satu kawasan, nak lurµh jantung aku bila tiba-tiba muncul satu makhluk menyer4mkan yang entah dari mana datang, seakan terbang dan terus melekat pada cermin depan bas.
Memang terkejµt aku masa tu. Nasib baik ‘benda’ serba putih tu melekat dalam beberapa saat sebelum terbang semula da hilang.
Pernah juga masa aku pandu bas dari Raub menuju ke Sungai Koyan. Sampai di satu selekoh yang kedudukannya di antara Felda Tersang dengan Sungai Koyan, aku terkejµt. Masa tu aku nampak kelibat seseorang sedang berjalan terhuyung-hayang di tepi jalan.
Yang buat jantung aku macam nak gugµr, kelibat yang berjalan tu tak ada kepala! Bajunya pula penuh warna merah macam darah.
Masa nampak kelibat tu, aku tahu dah itu bukan manusia. Tu mesti saja muncul nak menyakat, menakµtkan manusia. Kalau tak kuat semangat dan mudah panik bila ketakutan, memang ramai yang boleh terbabas menyebabkan kem4langan sampai meragµt nyawa.
Apa yang aku tahu, ramai orang kata di selekoh itu memang sering berlaku kem4langan. Ada rakan ceritakan, sekitar tahun 1980-an, berlaku kem4langan di selekoh itu melibatkan seorang guru lelaki. Akibat kem4langan itu, guru tersebut menemui aj4l di situ kerana kepalanya terputus dari badan.
Dikatakan sejak kejadian itu, selekoh tersebut digelar ‘selekoh guru’ sebab ramai pengguna jalan itu pernah nampak kelibat hantu tanpa kepala, sama macam yang aku nampak.
Dengar macam biasa je, kan? Tapi ada juga kalangan pemandu bas yang terb4bas dan kem4langan di selekoh itu hingga ada yang mengalami kecederaan par4h.
Sebab itu orang-orang lama selalu ingatkan pemandu yang lalu di situ agar berhati-hati kalau lalu di selekoh itu pada waktu malam. Pesan mereka, jangan p4nik kalau nampak kelibat orang berjalan t4npa kepala. Biarkan saja dan teruskan pemanduan.
Itu antara secebis pengalaman aku semasa jadi pemandu bas di kawasan Pantai Timur. Aku tak tahu apakah kelibat t4npa kepala itu masih muncul lagi sekarang, sebab aku pun dah lama berhenti jadi pemandu bas.
Sumber Mohd Ali Dari Kajang, Selangor
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.